Tuesday, April 28, 2009

Ibuku Seorang Pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ''Makanlah nak ibu tak lapar.' PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 'Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.' PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : 'Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.'PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 'Minumlah nak, ibu tak haus!!' PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : 'Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.'PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : 'Jangan susah-susah, ibu ada duit.' PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; 'Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.' PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : 'Jangan menangis nak, ibu tak sakit.' PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


Nota: Terima kasih diucapkan kpd abgku, ikma norhisyam krn meng'foward' emel ini sblm ni..dan leh la aku 'post'kn benda ni kt sini utk dikongsi bersama.. :)

Friday, April 17, 2009

Kasihnya Anak Kepada Ibu

AMARAN: JGN BACA SEPARUH KALAU ANDA XNAK MENYELAMI PERASAAN PENULIS..tapi lebih baik baca sampai abis la.. :D

Mak…..

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan

Sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…..

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..

dan itu juga terakhir kali nya....

Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..

nak tinggalkan anak2 mak…..

nak tinggalkan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..

Seminggu sebelum tu…..

mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..

kakak pun rasa hairan…..

mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran

siam……

kengkadang siaran

indonesia…

mak terus tekun menganyam…

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari…..

ada kat dalam dalam beg…..

ada dalam ASB…..

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi….

ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…

kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…

mak cuma gelak jer…

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..


Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang

mak tiba2 sakit perut…..

bila malam tu kiter sampai dari KL…..

mak dah dalam kesakitan.

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..

mak tetap takmau pi hospital…. .

dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .

tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor…

ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..

mak memang degil..

tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….

mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit

kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..

amponkan kami semua…

kami nak mak sehat…

kami sayang mak…

kami tak mau mak sakit…

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….

amponkan

kami yer mak….

Mak…..

Malam itu abang bawa mak ke hospital

dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,

kiter kata nak beli kereta….

Mak asyik tanya ajer..

cukup ker duitt..

kiter jawab pula…

kalau tak cukup, mak kan banyak duit…

mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….

mak buat kenduri kesyukuran.. ….

Dan kiter masih ingat lagi…

bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..

Punya la kiter takut…

kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..

Bila balik sahaja kampong….

kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…

mak tanya kenapa…?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…

mak, kiter menipu mak

kan…

ampon kan kiter….

Mak…..



Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006

Bila tiba aja kat hospital….

nurse tengah balut mak dengan kain putih…..

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…

Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…

mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…

Adik kat sebelah diam melayan perasann…

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…

jalan di depan terasa makin kelam…..

airmata dah tak mampu di tahan….

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…

disebabkan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..

kosong. …sekosong hati ini…..

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..

terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..

Kiter masih ingat lagi…

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…


Jam 11.00 pagi

mak dimandikan…..

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..

Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..

Dia kata…" dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu…

lagi laaaa laju airmata ni..

tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..

Sampai takat ini

surat ni kiter tulis…..

kiter nangis ni…..

Ni kat dlm bilik…baru pukul
4.00 pagi….

Takder orang yang bangun lagi…..

kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih…

kiter rindu kat mak..!

Takpa la….

nanti bila kita selesai sembanyang subuh,

kiter baca yassin untuk mak…

mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .

Semua anak2 mak mengelilingi mak…

menatap wajah mak buat kali terakhir….

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…

Mak rasa tak….

masa tu kiter sentuh dahi mak….

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..

Kiter tak mampu nak cium mak…

kiter tak daya….

kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…

Airmata kiter tak boleh tahan….

Mak mesti ingat kan

yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….



Jam 12 tengahari

mak diusung keluar dari rumah….

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…

badan akak terasa panas…

makk…

anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…

cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak…..

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…

Begitu terasa kehilangan mak…

boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…

Dan sampai satu tahap….

masa tu malam jumaat selepas maghrib…

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….

entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…

semakin kiter tenung terasa semakin sayu…

tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…

kiter cuba bertahan…

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…

Kiter rasa nak telefon mak…

nak cakap dengan mak….

anak mak yang ni dah tak betul

kan…?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…

Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…

Puas la kakak memujuk kiter…

Akak kata…" tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..

di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…

rasa nyilu sangat…

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…

hanya sedekah al-fatihah kiter berikan

Mak….

cukup la sampai sini dulu….

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor

kan….

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…

esok kiter ingat nak tulis surat

kat ayah pula….

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana

suratnih…

pastu kawan kiter bgtau…

simpan je buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje…

Takper yer mak…k

iter kasi orang lain baca…

Kiter stop dulu…

sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…

akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…

boleh rasa duduk kat negara orang…

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Yang Benar,


_______________________
(Anak mak yang dah tak degil)



*surat ini berjaya ‘menyentuh’ banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita

di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan

masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita

sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .

Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar

surat ini kepada iLuvislam.com.

**Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

nota:
* - ayat ni xtermasuk dlm surat sebenar penulis.
** - ayat ni lak adalah luahan org yg mula2 postkn surat ni kt kwn aku.

p/s: thank to my fren daus coz bg surat ni kt aku utk aku postkn dlm blog ni..hehe :D

Thursday, March 12, 2009

The Blue-Ringed Octopus

Dangerous Sea Creatures

There are a lot of dangerous animals can be found around us, where there on land or in the sea. Many people already knew that the dangerous animals on land, for instant rattlesnake, scorpion, and tarantula etc., but they are still lack information in dangerous creatures found in the sea. They can be categorized in four categories, named:

1. Biting and other aggressive animals;
2. Venomous fish ( stinging);

3. Animals with the ability to injet venom; and
4. Jellyfish and other venomous invertebrate.
Blue-Ringed Octopus is one of the examples of the most dangerous sea creatures which categorized in the animals with the ability to inject venom.


What is the Blue-ringed Octopus?
The Blue-Ringed Octopus was classified in the phylum of mollusca, which further classified in the class of cephalopoda, since it was a squid. It is only 12-20 cm long from the top of its body to the bottom of its tentacles. An average blue-ringed octopus would weigh less than 90g. While resting, the Blue-ringed Octopus is a pale brown to yellow color depending on its surroundings. This dangerous octopus has a beautiful fluorescent bright blue ring on its body where it common name come. But, beware of its beauty because it will turn to that color when it was alarmed or threatened. So, don’t be tricked with its beauty.

Figure 1: Shows the color of the Blue-ringed Octopus when it in natural state.


Figure 2: Shows the color of blue-ringed octopus when it in alarmed state.


Classification
There are three confirmed species of Hapalochlaena,
and others are still under research:
1. Greater Blue- Ringed Octopus (Hapalochlaena lunulata)

2. Southern Blue-Ringed Octopus or Lesser Blue-Ringed Octopus (Hapalochlaena maculosa)

3. Blue-Lined Octopus (Hapalochlaena fasciata)

Scientific Classification

Kingdom: Animalia

Phylum: Mollusca

Class: Cephalopoda

Order: Octopoda

Family: Octopodidae

Subfamily: Octopodinae

Genus: Hapalochlaena, Robson 1929

1. Greater Blue-Ringed Octopus

The Greater Blue-ringed Octopus (Hapalochlaena lunulata) is one of three species of blue-ringed octopus. The range of the Greater Blue-ringed Octopus spans the tropical western Pacific Ocean. It can be found from northern Australia, Papua New Guinea and the Solomon Islands, throughout the Philippines, Indonesia and Sri Lanka. The Greater Blue-Ringed Octopuses can weigh between 10 and 100 grams. It is slightly smaller than Hapalochlaena maculosa with a body less than 5 centimeter long and arms from 7 centimeter across the tentacles. Papillae that covered its body giving it a rough texture. Papillae are the small projecting body part, similar to a nipple in form.

Large iridescent blue rings cover the dorsal surfaces of the mantle and web and extend out the arms. Rings on the mantle are up to 8 mm in diameter and number fewer than 25. There is a characteristic short, horizontal iridescent blue line that runs through the eye. When at natural state, it will be faint, pale in color and thin blue rings are usually visible, but when it feel threatened, the rings become much thicker and brighter . The name "Greater Blue-Ringed" refers to the size of the rings, not the body size.

There are also variable pattern of rings can be seen on mantel of Hapalochlaena lunulata, but to determine where there is Hapalochlaena lunulata or not, we can examine its rough texture which is its characteristic.

Figure 3: The arrows show the variability of the blue rings pattern of the Hapalochlaena lunulata.

2. Southern Blue-Ringed Octopus

The Southern (Lesser) Blue-ringed octopus, Hapalochlaena maculosa, is the largest of the three confirmed species and more common found. This species is found only in the temperate waters of southern Australia, from southern Western Australia to eastern Victoria.

The dorsal surface of the mantle usually has a rough appearance covered by numerous irregularly arranged wrinkles. There are also fine, unevenly sized tubercles covering the head and mantle. While resting, the background color is a uniform grey to beige, with large light brown patches or maculae giving it specific name "Hapalochlaena maculosa". When the octopus is agitated, the brown patches darken dramatically, and iridescent blue rings or clumps of rings appear and pulsate within the maculae.

On the dorsal mantle, 10 maculae form a pattern of brown chevrons. Smaller patches dot the web and base of the arms. All eight arms are marked with approximately 10 evenly spaced brown patches that form bands running down the arms. Typically 50-60 blue rings cover the dorsal and lateral surfaces of the mantle.

Figure 4: Southern Blue-Ringed Octopus in alarmed state.

3. Blue-Lined Octopus

This small octopus is found in southeastern Australia from southern New South Wales to southern Queensland. Its mantle length can grow up to 45 mm. The dorsal surface is covered with a pattern of fine, scattered tubercles and ridges. When at rest, the background color is a uniform light grey to beige. The maculae and blue lines and rings are usually not visible. When active, the background color darkens to a deep charcoal, brown or slate grey and the maculae become very dark.

On the dorsal and lateral mantle they form streaks in a diagonal pattern similar to that found in Hapalochlaena maculosa. However, on the dorsal mantle and head intense iridescent blue lines rather than rings pulsate within each dark macula. Single blue rings or clusters of rings do appear within the brown patches on the web and arms.

It is easy to distinguish these three species of Blue-Ringed Octopus simply by observing the pattern of iridescent blue markings on the dorsal mantle and head when the animals are agitated. Hapalochlaena lunulata has a few large blue rings and a distinct blue stripe running through the eye. The rings are surrounded by dark chromatophores, but there is no pattern of dark diagonal streaks. Hapalochlaena maculosa and Hapalochlaena fasciata both have maculae on the dorsal mantle forming a chevron pattern, but Hapalochlaena maculosa has many small blue rings embedded in these dark patches while Hapalochlaena fasciata has distinct blue lines.

Figure 5: The Blue-Lined Octopus

Where it can be found?
The blue ringed octopus is found living around the temperate water coastal reef of southern Australia, from southern Western Australia to eastern Victoria at depths ranging from 0-50 m. But generally, the area which this venomous creature can be found is in shallow, sandy areas surrounding the coastal reefs of Pacific Ocean, from Australia to Japan. It is mainly found in shallow waters and in rocky pools.



Figure 6: Beware of these rocky pools, because sometimes Blue-Ringed octopus can be found here.


Figure 7: The area where Blue-Ringed Octopus can be found in Australia.



How It Feed?
The Blue-Ringed Octopus feeds primarily on small crabs, hermit crabs, shrimp, and other mollusks that it hunts during the day, by ambushing from behind and enveloping its prey with its eight arms. Using its bird-like beak, the octopus bites a hole through its victim’s shell to inject toxic saliva. With its arms and beak, the creature tears soft pieces from the prey, sucking the rest of the meat from the shell once it becomes partially digested by the saliva, but the mechanism for poisoning its victim is not well understood. Either the poison is expelled in the saliva into the water or the octopus bites its prey or predator.


How It Can be Dangerous?
A Blue Ringed Octopus was not even known to be dangerous until 1954. It all started in Darwin when a young sailor started to head back to shore after going spear fishing with a friend. He placed the blue ringed octopus on his shoulder for a few minutes. He did not realise that he had been bitten. Shortly afterwards his mouth became dry and he found it difficult to breathe. This was followed by nausea and vomiting. He was immediately taken to the Darwin hospital. He stopped breathing, many resuscitation attempts were made, but all failed. After his death a tiny mark was found on his shoulder.


Actually, this animal is not too dangerous, if we are not disturbing them. It is because it not always like to attack human, but sometimes it will attack its prey when it feels been threatened or agitated since it need to be defense itself.

However, when the tides ebbed, this animal sometimes can be found mistakenly on mudflat or rocky pools- though it can live short periods of time out of water. Because of its color that looks alike rocks, people will mistakenly stepped on it make it need to defense itself, thus injecting its venom to the person.Two types of poison secreted by two separate poison glands are used against prey and predators. One of the poisons is used for hunting crab, the other, which is extremely toxic, is used as self defense against predators, perhaps human.


Figure 8 & 9: Show the government's warning signboard on the presence of the Blue-Ringed Octopus in Australia coastal.

How Its Venom Can Kill Human?
The octopus produces venom that contains tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine and dopamine. The major neurotoxin component of Blue-Ringed Octopus venom was originally known as maculotoxin, but was later found to be identical to tetrodoxin, a neurotoxin which is also found in pufferfish and cone snails. Tetrodotoxin blocks sodium channels, causing motor paralysis and sometimes respiratory arrest, leading to cardiac arrest due to a lack of oxygen, thus cause death. The toxin is created by bacteria in the salivary glands of the octopus.

"First you will feel nauseous. Your vision becomes hazy. Within seconds you are blind. You lose your sense of touch. You cannot speak or swallow. Three minutes later you are paralyzed and unable to breath"