Orang Macam Kita by Azwan Ismail
My rating: 3 of 5 stars
Sebuah buku yang berani. Setelah habis membaca buku ini, saya hadir dengan dua konklusi:
1. Semua yang terlibat dalam penghasilan buku ini setuju mengatakan bahawa dari segi aspek agama dan budaya, hubungan sejenis adalah melanggar hukum agama dan nilai-nilai estetika orang timur.
2. Dari sudut pandang aspek hak asasi, dan seksualiti peribadi, golongan LGBT (People Like Us atau 'Orang Macam Kita') ini berhak mendapat hak sama seperti mana manusia biasa. Juga sepertimana yang dipersetujui oleh semua yang terlibat dalam penghasilan buku ini.
Maka, dari dua konklusi ini, saya juga hadir dengan satu pertanyaan kepada semua individu (termasuk golongan LGBT) iaitu: Iman atau nafsu? Tepuk dada tanya selera/ iman.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment