Monday, October 3, 2011

Review: Rayyan Fantasi


Rayyan Fantasi
Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

My rating: 4 of 5 stars



Pada mulanya saya ingin memberi 5 bintang untuk novel ini, tapi disebabkan terdapat beberapa kesalahan
tanda baca, saya terpaksa memberikan 4 bintang sahaja.

Jalan cerita yang menarik, menggunakan atmosfera yang berbeza memang memerlukan saya berfantasi melebihi jangkauan ketika menikmati hasil karya RAM ini. Tambahan lagi, banyak istilah sainstifik yang dikonsumkan, menjadikan ianya lebih menarik perhatian saya.

Selain daripada menggunakan elemen-elemen suspen dan mendebarkan, RAM juga ada menyelitkan elemen perasaan kasih sayang dan cinta, menjadikan Rayyan Fantasi ini lebih berona warni dan atraktif. Unsur keagamaan juga tidak tersisa untuk disisipkan dalam Rayyan Fantasi ini, mengakui kebesaran Allah yang Maha Agung. Tahniah RAM, saya suka Rayyan Fantasi ini.

p/s: Cuma saya terfikir pada ayat RAM: "Apa yang terfikir...itu ada!"
Saya terfikirkan sambungan Rayyan Fantasi ini. Mungkinkah ada, barangkali?



View all my reviews

No comments:

Post a Comment