Monday, April 2, 2012

Penat dan letih tapi puas.

Saturday, November 19, 2011

Review: Amerika


Amerika
Amerika by Ridhwan Saidi

My rating: 4 of 5 stars



Pelik. Kagum. Kecewa. Empat.

Pelik. Aku hairan dan penuh dengan persoalan mengenai kulit buku ini, sehinggalah apabila selesai membacanya saya faham satu persatu gambar yang tertera di hadapan buku — strawberry, brokoli, lipas.

Kagum. Saya kagum bagaimana Ridhwan Saidi boleh memuatkan cerita mengenai kota (kotor) Kuala Lumpur hanya dalam satu buku Amerika. Mana tahu mungkin cerita yang yang ditulis juga ada berlaku di Sungai Buloh, Puncak Perdana, Shah Alam mahupun mana-mana jua pelusuk di Bolehland.

Kecewa. Aku kecewa sebab saya menjangkakan buku ini ditulis lebih panjang dengan cerita-cerita yang pedas dan sinis supaya bila saya selak muka surat terkahir — aku puas.

Empat. Empat? Ya, empat bintang dari saya. Aku suka buku ini. Saya, aku, saya, aku. Kenapa? Hai bacalah dulu!



View all my reviews

Thursday, October 27, 2011

Review: Twilight


Twilight
Twilight by Stephenie Meyer

My rating: 3 of 5 stars



Yes, it was nicely written. But I feel that three star is quite enough for this book. Perhaps because I have watched the movie first before read the book. Like a friend of mine said to me "The movie spoiled the book', and I was kinda reading this book with half-hearted. Pity me. I should read this book first before watch the movie, like what I usually did. However, the conclusion that I can make for this book is:

Isabella Swan is my imaginary girlfriend :D



View all my reviews

Monday, October 3, 2011

Review: Malaysian Politicians Say the Darndest Things


Malaysian Politicians Say the Darndest Things
Malaysian Politicians Say the Darndest Things by Amir Muhammad

My rating: 3 of 5 stars



"They told the ACA (Anti-Corruption Agency) that I have a house in Australia. But they are wrong that I actually have two houses there."

MIC chief S. Samy Vellu, referring to rumors spread by his enemies about his personal wealth. -MALAYSIAN BUSINESS, AUG 1, 1992. - page 35



View all my reviews

Review: Malaysian Politicians Say the Darndest Things, Vol. 1


Malaysian Politicians Say the Darndest Things, Vol. 1
Malaysian Politicians Say the Darndest Things, Vol. 1 by Amir Muhammad

My rating: 4 of 5 stars



Saya tak sangka ramai juga ahli politik kita ini pelucu sebenarnya. Astro patut wujudkan satu realiti TV ala-ala Maharaja Lawak, yang khas untuk ahli politik sahaja. Kah Kah Kah

""Selangor's rapid development under Dr. Mahathir's leadership is because there is a favoured person Selangor in Dr. Mahathir's life - his wife, Dr. Siti Hasmah... It looks like Selangor will prosper further under Pak Lah [future Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi] because his wife, Endon, is also from Selangor."

Selangor Chief Minister Mohd Khir Toyo. (The New Straits Times, 19 June 2003).

This was good news for Selangor, However..." - page 67



View all my reviews

Review: Rayyan Fantasi


Rayyan Fantasi
Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

My rating: 4 of 5 stars



Pada mulanya saya ingin memberi 5 bintang untuk novel ini, tapi disebabkan terdapat beberapa kesalahan
tanda baca, saya terpaksa memberikan 4 bintang sahaja.

Jalan cerita yang menarik, menggunakan atmosfera yang berbeza memang memerlukan saya berfantasi melebihi jangkauan ketika menikmati hasil karya RAM ini. Tambahan lagi, banyak istilah sainstifik yang dikonsumkan, menjadikan ianya lebih menarik perhatian saya.

Selain daripada menggunakan elemen-elemen suspen dan mendebarkan, RAM juga ada menyelitkan elemen perasaan kasih sayang dan cinta, menjadikan Rayyan Fantasi ini lebih berona warni dan atraktif. Unsur keagamaan juga tidak tersisa untuk disisipkan dalam Rayyan Fantasi ini, mengakui kebesaran Allah yang Maha Agung. Tahniah RAM, saya suka Rayyan Fantasi ini.

p/s: Cuma saya terfikir pada ayat RAM: "Apa yang terfikir...itu ada!"
Saya terfikirkan sambungan Rayyan Fantasi ini. Mungkinkah ada, barangkali?



View all my reviews

Monday, July 25, 2011

Review: Dendam


Dendam
Dendam by Affifudin Omar

My rating: 4 of 5 stars



Apa yang menarik di dalam karya keenam Affifudin Omar ini ialah beliau mahir mengadaptasi kebanyakan tragedi penting yang berlaku di sekeliling kita. Bagi individu yang acap kali mengikuti perkembangan isu semasa dan politik negara, buku ini mampu mengukir senyuman di bibir anda secara tidak sengaja.

Karya yang sinis ini membuatkan saya terseyum hampir setiap kali membacanya. Pada pengamatan saya, Affifudin Omar telah mencoretkan satu penulisan karya dengan baik sekali.



View all my reviews

Tuesday, July 5, 2011

Thanks a million for the birthday wishes. Only God knows how value the wishes for me. Really delighted. Thanks again! :D

Tuesday, June 14, 2011

Review: Awek Chuck Taylor


Awek Chuck TaylorAwek Chuck Taylor by Nama Nami

My rating: 3 of 5 stars


Dua perkataan yang harus saya ulaskan bagi e-book ini. SANTAI dan TERBAIK!

Bagi sesiapa yang ingin membaca buku ini, boleh lah melayari ke pautan ini http://awekchucktaylor.blogspot.com/ Ada banyak lagi cerita-cerita yang menarik di sana. Bacalah! :D



View all my reviews

Monday, June 6, 2011

Review: Memoir Anak Setinggan


Memoir Anak SetingganMemoir Anak Setinggan by M.S. Anuar Mahmod

My rating: 4 of 5 stars


Sama. Iras-iras. Hampir persis. Begitulah kehebatan cerita yang dibawa oleh M.S Anuar Mahmod ini hampir serupa dengan cerita kawasan perkampungan setinggan berdekatan rumah saya. Membacanya, seolah-olah mengingatkan saya tentang suka, duka, manis, pahit dan segala kenangan mengenai 'tapak' kawasan perkampungan setinggan tersebut yang kini dibangunkan perumahan pangsapuri. Ada juga sebahagian kawasan tersebut yang dibiarkan sepi. Bersemak. Kosong. Tidak berpenghuni.

Jalan cerita yang tersusun dan menarik membuatkan saya terus baca dan baca dan habis membaca. Isinya memang cukup baik. Mesejnya pula sungguh bagus. Pengajarannya pula sungguh bermanfaat. Bagi saya, penulis telah 100% berjaya membawa pembaca ke dalam watak yang diceritakannya. Saya berjaya menyelami kehidupan dan perasaan seorang penduduk setinggan. Tahniah!



View all my reviews

Tuesday, May 31, 2011

Review: Half the Sky: Turning Oppression into Opportunity for Women Worldwide


Half the Sky: Turning Oppression into Opportunity for Women Worldwide (Vintage)Half the Sky: Turning Oppression into Opportunity for Women Worldwide by Nicholas D. Kristof

My rating: 5 of 5 stars


A very awesome, superb and great book. Yet, it is also very eye-opening and very astonishing book. I like this book very much, even this is a women's right book while I am a man. You should read this one. I also believe this book can be listed as Best-Book-All-The-Times.

I love to say that it was a thesis or published-research-paper rather calling it as a book or novel. For the God's sake, go read this!

Thanks a million to @JohnnyRempit for giving me a chance to read this one. Really appreciate it. Kudos.



View all my reviews

Review: A Little Princess


A Little PrincessA Little Princess by Frances Hodgson Burnett

My rating: 4 of 5 stars


This is one of the good example of book about good versus evil and protagonist versus antagonist. The story how fast human can change when it is all about the money. After Captain Crewe died, Sara Crewe was treated like a beggar by her schoolmistress even she was "the little-girl-who-is-not-a-beggar". She became the pariah and being ordered to do many chores during the days.

I like many parts of this book; how Sara and Captain Crewe finding Emily, the way she talking to the animals (the crows, Melchisedec the rat and the monkey), how she and Becky communicated by using wall knocking, and the most attracting thing for me is how she is always being polite as "A Little Princess". Author successfully dragged me into the novel's situation whereby I was also doing the wall knocking while reading this book (two times, three times, four times).

Thanks to my friend named Mira Black for suggesting me such a great book.

‎"It's a good thing not to answer your enemies." Burnett, Frances Hodgson.



View all my reviews

Wednesday, May 25, 2011

Review: Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya


Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya by Musimgrafik

My rating: 5 of 5 stars


Sebuah buku tentang sejarah yang digarap dari sudut yang berbeza. Banyak juga yang saya rasakan ada beberapa sejarah penting yang disembunyikan daripada buku teks sejarah. Ini kerana buku teks sejarah yang digunapakai di sekolah-sekolah adalah kebiasaannya cenderung untuk menyebelahi satu sudut sahaja -- kerajaan.

Fakta yang agak sarat berjaya disampaikan dengan jayanya menerusi bantuan karikatur. Rentetan peristiwa yang disusun mengikut tarikh, menjadikannya begitu mudah untuk difahami sebab munasabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sesuai untuk dibaca untuk mana-mana lapisan masyarakat. Disyorkan untuk dibaca.

Walaubagaimanapun, sejarah tetap sejarah. Ianya perlu diambil, ditelan, dihadam, dianalisa dan dijadikan garis ukur untuk melakukan apa jua keputusan sekalipun.





View all my reviews

Tuesday, May 24, 2011

Review: Kougar

KougarKougar by Shaz Johar

My rating: 3 of 5 stars


Kougar adalah sebuah hidangan santai. Walaupun plot penceritaan kurang berkesan (dari segi perwatakan dan keterangan watak), dan kemuncak atau klimaks plot terus jatuh mendatar, pengakhiran Kougar diceritakan dengan begitu lancar dan mantap. Aku suka cara penulis menyudahkan cerita.

p/s: Ada sekali ketika membaca buku ini, aku tertidur kerana keletihan. Tidak lama selepas itu, watak-watak (seperti Kisha, Azril, Suraya dan Abang Mike) yang terdapat di dalam Kougar ini muncul dalam mimpi aku. Hebat bukan? Titik.



View all my reviews

Wednesday, May 18, 2011

Review: Serikandi Suriani Abdullah

Serikandi Suriani AbdullahSerikandi Suriani Abdullah by SIRD

My rating: 2 of 5 stars


Ibu Suriani Abdullah sangat kental orangnya. Cuma saya berpendapat bahawa buku ini perlukan lebih maklumat dan info untuk menjadikannya lebih mantap dan dihayati secara mata hati. Walaubagaimanapun, ini dikira sebagai langkah yang baik untuk memberikan penghargaan kepada wirawati/ serikandi negara dan sebagai sejarah yang perlu diingati oleh generasi akan datang.



View all my reviews

Monday, May 16, 2011

Review: Kerana Terpaksa

Kerana TerpaksaKerana Terpaksa by Ilham Kalsom

My rating: 4 of 5 stars


Penulis berjaya membuatkan hati saya tersentuh dengan penulisan beliau ini. Jika ini adalah penulisan sulung beliau, saya percaya karya-karya akan datang pasti lebih mantap. Syabas!



View all my reviews

Review: Rojak: Hidangan Certot

Rojak: Hidangan CertotRojak: Hidangan Certot by Amir Muhammad

My rating: 4 of 5 stars


Penuh dengan kombinasi antara manis, masam, pahit dan pedas. Selalunya pedas dan sinis. Memang sesuai dengan tajuk buku. Saya selalu tersenyum bila membacanya (walupun kadang-kadang ada beberapa cerita yang agak lama masa yang diambil untuk faham maksud yang tersirat). Saya cadangkan kepada yang masih belum membacanya, silalah baca.



View all my reviews