Saturday, November 19, 2011

Review: Amerika


Amerika
Amerika by Ridhwan Saidi

My rating: 4 of 5 stars



Pelik. Kagum. Kecewa. Empat.

Pelik. Aku hairan dan penuh dengan persoalan mengenai kulit buku ini, sehinggalah apabila selesai membacanya saya faham satu persatu gambar yang tertera di hadapan buku — strawberry, brokoli, lipas.

Kagum. Saya kagum bagaimana Ridhwan Saidi boleh memuatkan cerita mengenai kota (kotor) Kuala Lumpur hanya dalam satu buku Amerika. Mana tahu mungkin cerita yang yang ditulis juga ada berlaku di Sungai Buloh, Puncak Perdana, Shah Alam mahupun mana-mana jua pelusuk di Bolehland.

Kecewa. Aku kecewa sebab saya menjangkakan buku ini ditulis lebih panjang dengan cerita-cerita yang pedas dan sinis supaya bila saya selak muka surat terkahir — aku puas.

Empat. Empat? Ya, empat bintang dari saya. Aku suka buku ini. Saya, aku, saya, aku. Kenapa? Hai bacalah dulu!



View all my reviews

1 comment: