Wednesday, May 25, 2011

Review: Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya


Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya Di Mana Bumi Dipijak: Sejarah Rakyat Malaya by Musimgrafik

My rating: 5 of 5 stars


Sebuah buku tentang sejarah yang digarap dari sudut yang berbeza. Banyak juga yang saya rasakan ada beberapa sejarah penting yang disembunyikan daripada buku teks sejarah. Ini kerana buku teks sejarah yang digunapakai di sekolah-sekolah adalah kebiasaannya cenderung untuk menyebelahi satu sudut sahaja -- kerajaan.

Fakta yang agak sarat berjaya disampaikan dengan jayanya menerusi bantuan karikatur. Rentetan peristiwa yang disusun mengikut tarikh, menjadikannya begitu mudah untuk difahami sebab munasabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sesuai untuk dibaca untuk mana-mana lapisan masyarakat. Disyorkan untuk dibaca.

Walaubagaimanapun, sejarah tetap sejarah. Ianya perlu diambil, ditelan, dihadam, dianalisa dan dijadikan garis ukur untuk melakukan apa jua keputusan sekalipun.





View all my reviews

No comments:

Post a Comment