Tuesday, May 3, 2011

Review: Pecah

Pecah (Malay Edition)Pecah by Khairulnizam Bakeri

My rating: 4 of 5 stars


Rasanya buku penuh dengan kombinasi. Ada adegan suspen, cinta, berahi, kasih sayang, logik, dendam, dan banyak lagi. Namun, dalam pada itu penulis berjaya menyelitkan unsur-unsur lucu dan jenaka. Gaya flashback yag menarik, suspen dan senang difahami membuatkan buku ini sukar dilepaskan dari tangan, seperti ala-ala karya James Patterson. Mantap!

Jika karya ini dijadikan drama berepisod, pasti kalah cerita-cerita ala Fixi (yang satu tajuk) seperti GEMILANG dan JUVANA. Itu kalau didramakan. Kalau difilemkan, pasti boleh duduk sama taraf setanding filem-filem ala Fixi (juga yang satu tajuk) seperti SEMBILU dan KHURAFAT. Percayalah!

p/s: Buku ini berjaya 'memotong barisan' buku-buku yang sedang dibaca dan perlu dibaca. Tabik.


View all my reviews

2 comments:

  1. Saya dah baca buku ini dan saya juga rasa ia bagus dan boleh dibuat filem. Kesimpulan akhir yang mengklimakskan. Karekter-karekter gelap yang akan kita suka (dan berpihak pada mereka). Cool first novel.

    ReplyDelete
  2. Semasa saya membaca buku ini (belum sampai separuh buku lagi kalau tak silap) saya sudah terbayang-bayang adegan-adegan filem yang akan ditayangkan daripada buku ini (kalau betul ada rezeki dapat difilemkan). Terbaek! :D

    ReplyDelete